3 tahun dah.

by 6/22/2015 09:55:00 AM 0 comments
banyak benda yang aku mahu luah tapi tak terluah. disebabkan aku terlalu sibuk mengutip cebisan hati dan kepingan daging yang tercampak ke sana sini dek dilanggarnya realiti hidup. terlalu sibuk menjahit organ dan sendi untuk kembali berdiri. terlalu sibuk untuk ke fasa 'move on'. sehingga otak aku hanya muntah aksara sendiri tanpa menyalurkan semua ke jari dan papan kekunci. 

untuk tiga tahun ini, sebenarnya aku biarkan diri aku lemas dalam cinta yang aku cipta sendiri. cinta yang tak pernah wujud. aku mencintai lelaki yang tidak punya rasa yang sama tapi mahu aku berdamping di sisinya selalu. terlalu cinta sampai aku mabuk. mabuk sendiri. memualkan sungguh bila aku tahu kenyataan yang aku ni bodoh tak boleh dibendung. 

tiga tahun
--like come on really!
kalau dihitung mengikut tahun, ye angka 3 itu sedikit aje nilai dia. tapi cuba kau hitung guna hari. kira guna jam dan saat. kau boleh bayangkan sekarang betapa deritanya jiwa aku? seksa aku beritahu kau. tapi aku pilih untuk terus seksa. kerana lelaki ini pegang hati aku secara mutlak.

kalau aku kata aku jatuh cinta dengan lelaki ini saat pertama aku lihat dia di muka pintu studio aku, orang akan percaya ke? mustahil, tapi memang. memang dan sungguh.  cinta kali pertama pandang. jatuh bergolek-golek sehingga hari ni tak mampu aku bangun. sehingga ke hari ini aku masih mengharapkan dia pandang aku semacam mana aku pandang dia. macam mana mata aku akan bergerak mencari dia walaupun dalam beribu manusia. tapi siapalah aku. bermimpi tak sudah.

kadang-kadang aku tertanya kenapa Tuhan tak pernah padamkan perasaan ni walaupun aku dah cuba berkali? Aku yang tak usaha bersungguh ke macam mana? Atau doa aku kena tapis sebenarnya? yelah banyak dosa. Doa tergantung di antara langit dan bumi. hmmm.. mungkin yelah jugak tu. 

lelaki ini sahabat aku. lelaki ini kawan baik aku. lelaki ini lelaki yang aku damba. lelaki ini lelaki yang aku kasih dan cinta. dan lelaki ini juga lelaki yang hancurkan aku, yang menyiatkan hati menjadi cebisan, yang kadangkala aku rasa dia memijak ego aku sedalam-dalam tanah, yang aku rasa meletakkan aku pilihan yang paling akhir dalam dunia. lelaki yang paling penting diri. lelaki yang mahu aku ada tapi tak mahu cinta. lelaki yang mencintai perempuan lain yang tidak mahukan dia sedangkan aku ada. dan yang paling sial... lelaki yang pernah.


aku dah kata ke aku ni bodoh tak boleh dibendung? aku ulang. aku bodoh. kerana tetap sayang dan masih berdiri utuh di sampingnya, tertawa dengan lawak bodohnya, memujuk tatkala dia dalam gelita, memberi jiwa dan raga, berkorban nyawa dan apa saja. 

tetap berdiri di sisi. 
hanya meminta untuk dicinta.



kashaa

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: